Explore more publications!

Bitget Meraikan Tahun Baru Cina Melalui Kempen Fortune Card Campaign yang Menampilkan Pengalaman Dagangan Bersepadu

VICTORIA, Seychelles, Feb. 14, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, UEX terbesar di dunia, mengumumkan pelancaran UEX Fortune Card Campaign, satu inisiatif perayaan yang direka untuk mengajak pengguna meneroka pelbagai pasaran di seluruh platform sambil menikmati ganjaran bermusim perayaan.

Bermula dari 13 Februari, 18:00 hingga 21 Februari, 18:00 (UTC+8), kempen ini membolehkan pengguna mengumpul kepingan teka-teki Fortune Card dengan melengkapkan aktiviti harian mudah di seluruh ekosistem Bitget. Peserta yang melengkapkan satu set penuh sembilan kepingan teka-teki akan layak menyertai cabutan untuk berkongsi kumpulan hadiah sebanyak 10,000 BGB. Sementara itu, pengguna yang berjaya mengumpul sekurang-kurangnya tiga kepingan akan layak membuka kotak misteri, dengan ganjaran maksimum tunggal berupa baucar posisi niaga hadapan bernilai 500 USDT.

Fortune Card Campaign, yang diinspirasikan daripada tradisi Tahun Baru Cina berteraskan tuah serta semangat perkongsian, direka untuk mendorong pengguna menyertai secara semula jadi dan intuitif. Tugasan dalam kempen ini merangkumi pelbagai aktiviti harian, daripada melayari halaman kempen sehingga dagangan merentasi kontrak niaga hadapan kripto, kontrak kekal saham, CFD, produk onchain serta interaksi dengan ejen AI Bitget, GetAgent. Sebahagian misi ditetapkan dengan ambang penyertaan yang minimum, membolehkan pengguna menyertai tanpa sebarang tekanan.

Kempen ini berlangsung seiring dengan naik taraf aplikasi yang lebih menyeluruh, sekali gus memperlihatkan dengan lebih jelas visi platform bersepadu Bitget. Sebagai sebahagian daripada kemas kini terkini, produk TradFi kini diintegrasikan dalam satu tab, membolehkan pengguna meneroka pasaran kripto, saham dan lain-lain melalui satu antara muka yang efisien. Fortune Card Campaign bukan sekadar pelancaran ciri baharu; ia merupakan pendekatan praktikal yang membolehkan pengguna merasai sendiri cara pelbagai produk saling berhubung dalam persekitaran yang bersepadu.

“Tahun Baru Cina ialah masa untuk memperlahankan langkah, berkongsi tuah dan memulakan lembaran baharu,” ujar Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget. “Tahun 2026 menandakan Tahun Kuda Api dan UEX sedang membuka laluan baharu dalam dunia kewangan dengan semangat yang membara. Kempen ini memudahkan pengguna meneroka pelbagai pasaran sambil menikmati musim perayaan, semuanya melalui satu persekitaran bersepadu.”

Dengan menggabungkan keterlibatan perayaan bersama ambang penyertaan yang rendah, Fortune Card Campaign mencerminkan pendekatan Bitget terhadap evolusi produk — memperkenalkan pengalaman baharu melalui penggunaan harian, bukannya kerumitan. Inisiatif ini turut mengukuhkan matlamat lebih luas Bitget bagi membina platform dagangan bersepadu, di mana pengguna dapat bergerak merentasi kelas aset secara lancar, berasaskan minat dan keadaan pasaran.

Untuk maklumat lanjut, layari sini.

Perihal Bitget

Bitget ialah Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, berkhidmat kepada lebih 125 juta pengguna dan menawarkan akses kepada lebih 2 juta token kripto, lebih daripada 100 saham ditokenisasi, ETF, komoditi, FX serta logam berharga seperti emas. Ekosistem ini komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ejen AI yang bertindak sebagai co-pilot dalam pelaksanaan dagangan. Bitget memacu penerimaan kripto melalui perkongsian strategik bersama LALIGA dan MotoGP™. Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain bagi 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Bitget kini menerajui pasaran TradFi yang ditokenisasi, dengan menawarkan yuran terendah industri serta kecairan tertinggi merentasi 150 wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman Web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:  media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman serta kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/895f2b86-66f8-4bb1-b1ab-07804ed7ed44


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions